Showing posts with label Berita Antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label Berita Antarabangsa. Show all posts

Penerbit Filem Innoncent of Muslim Dijel

Nakoula Basseley Nakoula, penerbit Innocence of Muslims, filem yang mencetuskan protes di kalangan umat Islam di seluruh dunia, diarah ditahan di penjara kerana melanggar terma-terma pemantauan hukuman yang dijatuhkan sebelum ini.


"Mahkamah kurang percaya dengan defendan pada masa sekarang," kata Hakim Suzanne H Segal, semalam.


Segal juga berkata, Nakoula membawa "kemudaratan kepada komuniti."


Nakoula, disoal siasat oleh pihak berkuasa persekutuan awal minggu lalu, ditahan awal semalam, lapor Los Angeles Times.Pendakwa raya persekutuan berhujah petang semalam bahawa penerbit filem itu mengundang bahaya dan seharusnya diletakkan dalam tahanan.Bagaimanapun peguamnya, Steve Seiden berhujah Nakoula sewajarnya dibebaskan atas bon.


Malah peguamnya berkata, anak guamnya berhadapan dengan bahaya di penjara persekutuan di Los Angeles kerana ia menempatkan ramai tahanan beragama Islam.Peguam itu menafikan Nakoula melanggar apa-apa terma pemantauan.Nakoula pernah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan menipu bank. Dia ditahan pada 2009.Di bawah tempoh pemantauan, Nakoula tidak dibenar menggunakan atau memiliki perkakasan yang membolehkannya akses kepada Internet tanpa kelulusan pihak pemantau.


Menurut laporan CNN, pendengaran awal dimulakan dengan Segal bertanya kepada defendan apa nama sebenarnya.


Dia menjawab: "Mark Basseley Yousseff."


Kemudian hakim sekali lagi bertanya nama defendan."Mark Basseley," katanya kali ini.Menurut peguam bela, anak guamnya, yang pernah menggunakan 17 nama sebelum ini, biasanya dikenali Nakoula.Pendakwa raya berkata Nakoula berupaya untuk membuat pembayaran ketika filem berkenaan dihasilkan.Oleh itu katanya, Nakoula boleh meninggalkan kawasan dia tinggal sementara kesnya dijalankan.Pendakwa raya mengesyorkan hukuman penjara 24 bulan. Kronologi insiden protes filem Innocence of Muslims



1 – 2 Julai 2012

Seorang pengguna YouTube yang menggunakan nama ‘Sam Bacile’ memuat naik treler filem yang mengandungi klip filem menghina Nabi Muhammad SAW.


4 September 2012

Treler filem terbabit telah dialih bahasa ke bahasa Arab dan dimuat naik semula ke YouTube.


5 September 2012

Mor¬ris Sadek, seorang yang berbangsa Mesir-Kristian yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) mempromosikan video berkenaan menerusi Twitter dan blognya bersempena Hari Penghakiman Muhammad Antarabangsa, yang dihoskan oleh seorang paderi Florida, Terry Jones dan dijadualkan sempena 11 September.


8 September 2012

Ahli agama Mesir dari saluran TV Al-Nas menyiarkan video itu dan mengutuknya.


9-10 September 2012

Sadek terus menerus mempromosikan video itu di Twitter. Pakar berkata, ekstremis Libya merancang untuk mengadakan protes sempena 11 September yang tidak ada kaitan dengan video berkenaan. 


11 September 2012

Empat warga AS termasuk seorang duta terbunuh apabila anggota militan menyerang dan membakar Konsulat AS di Benghazi, Libya. Di Mesir, penunjuk perasaan memanjat dinding Kedutaan AS di Kaherah dan menurunkan bendera Amerika.


14 September 2012

Menurut laporan agensi berita rasmi Lubnan, seorang terbunuh di Tripoli manakala ramai yang lain cedera semasa protes terhadap filem itu. Mereka yang tercedera termasuk anggota pasukan keselamatan Lubnan.


17 September 2012

Pemimpin Hezbollah, Sheikh Hassan Nasrallah, muncul di perhimpunan besar-besaran di Lubnan mengecam AS dan memberi amaran sesiapa yang tidak menghormati Islam, akan menempah maut sebagai balasan.


18 September 2012

Pendakwa raya Mesir merujuk tujuh Kristian Mesir yang tinggal di AS dan Florida – termasuk paderi, Terry Jones ke mahkamah atas tuduhan menyinggung penganut Islam melalui penerbitan filem anti-Islam yang telah mencetuskan bantahan di seluruh dunia.


19 September 2012

Sekumpulan peguam Pakistan berarak melalui pintu gerbang dengan membawa sepanduk di Islamabad yang menempatkan Kedutaan AS dan kedutaan asing lain. Seorang peguam kemudiannya bertindak membakar bendera AS dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, tetapi pihak polis berjaya menyekat penunjuk perasaan dari berarak di perkarangan kedutaan. Sehubungan itu, Kerajaan Pakistan mengumumkan Jumaat lalu sebagai cuti kebangsaan bagi rakyatnya mengadakan protes terhadap rakyat Amerika yang anti-Islam.


21 September 2012

Protes dan perhimpunan besar-besaran di banyak negara termasuk di Malaysia.


25 September 2012

Seorang aktres filem ini memfailkan semula kes di mahkamah persekutuan; kes terhadap penerbit filem dan juga Google dan YouTube.

Obama Kutuk Keganasan

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengutuk filem anti-Islam dan keganasan di Asia Barat yang tercetus akibat filem itu, sambil menegaskan 'tiada ucapan yang boleh menjustifikasikan keganasan kejam ini.'

Beliau berkata demikian di hadapan perwakilan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kelmarin (PBB) dengan menyatakan bahawa tiada perkataan yang boleh dijadikan alasan untuk membunuh orang tidak bersalah dan tiada filem yang boleh menjustifikasikan serangan ke atas pejabat kedutaan.Obama berkata, filem itu bukan sahaja penghinaan kepada orang Islam, malah menghina AS.

Komen itu dinyatakan oleh Obama selepas protes ganas tercetus di Asia Barat dan Afrika Utara berikutan penyebaran filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Keganasan itu telah membunuh empat orang warga AS termasuk dutanya di Benghazi, Libya, Chris Stevens dan lebih 50 orang lain.

Guinness World Of Records Mengumumkan "Psy Gangnam Style" Pecah Record Dunia!


Guinness World Of Records semalam mengumumkan artis sensasi Korea, Psy kini telah memecahkan rekod dunia dengan video muzik popular beliau “Oppa Gangnam Style”!

Video muzik ini telah dinobatkan sebagai’Video Paling Disukai’ dalam sejarah YouTube, dan Guinness World Records telah memberi penghormatan kepada pencapaian beliau dengan pengumuman tentang lagu tersebut.

‘Gangnam Style’, yang dimuat naik di YouTube sejak 15 Julai, telah mendapat ’like’ melebihi 2,141,758 kali, menjadikan ia video yang paling disukai dalam sejarah YouTube.

Pesaing terdekat bagi kebanyakan video yang disukai di YouTube termasuklah LMFAO ‘Party Rock Anthem’ (1,574,963 likes), Bieber ‘Baby’ Justin (1,327,147 likes) dan Adele ‘Rolling In The Deep’ (1,245,641 likes).Psy (nama sebenar: Park Jae-Sang) adalah seorang penulis lagu dan penyanyi rap.

‘Oppa Gangnam Style’, single beliau yang paling berjaya setakat ini, adalah video K-Pop yang paling banyak dilihat di YouTube.

Ini juga menandakan kali pertama seorang artis Korea Selatan telah mengungguli carta iTunes.

Dan Barrett, Pengurus Komuniti Guinness World Records, memberi komen, ‘Having been the “Have you seen this?!” video dua bulan lepas di seluruh web,

Bagaimanapun, video ini atas sebab yang tidak diketahui, tidak terpapar pada carta YouTube’s ‘Most Liked Videos of All Time, meninggalkan peminat tertanya-tanya.

Ia belum jelas mengapa video ini tidak tersenarai, ramai yang percaya ia mungkin disebabkan gangguan pada sistem, atau mungkin juga usaha untuk mensabotaj penguasaan artis dari benua Asia.

Presiden Google Ditahan!

Pihak berkuasa menahan Presiden Google di Brazil, Fabio Jose Silva Coelho semalam atas dakwaan melanggar undang-undang pilihan raya negara Amerika Selatan itu.Coelho didakwa tidak mengeluarkan video atas talian yang didakwa memfitnah seorang calon jawatan Datuk Bandar.Tindakan itu muncul ketika beberapa negara mendesak YouTube dan Google mengeluarkan klip filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.Mato Grosso do Sul, negeri di barat daya, menuduh Coelho enggan mematuhi permintaan agar video berkenaan dikeluarkan dari YouTube.Polis persekutuan menahan Coelho semalam. Penahanannya diumumkan di Sao Paulo.

9 pasangan berkahwin bogel di pantai Jamaica


KINGSTON: Sembilan pasangan pelancong semalam menyuarakan ikrar perkahwinan “Saya terima” dengan berbogel di pantai Jamaica.

Melangsungkan perkahwinan dengan bertelanjang pada Hari Valentine memberi makna bagaikan hidup dalam mimpi bagi seorang ibu yang tidak bekerja, Milly Salas dari daerah Bergen, New Jersey yang tidak pernah mengunjungi pantai bogel sebelum ini.


“Ia sungguh indah. Rasanya seperti dalam kisah dongeng,” kata Milli, 39, sejurus selepas acara perkahwinan bogel di Hedonism II, pusat peranginan tumpuan ramai di Negril, bandar pelancongan di barat pulau konservatif itu yang bergantung kepada industri pelancongan.

Orang Utan Melecur Teruk Dibadan



PONTIANAK - Beberapa penduduk kampung yang cuba mengusir seekor orang utan keluar daripada sebatang pohon rambutan telah membakar haiwan tersebut secara tidak sengaja.
Menurut akhbar MailOnline kelmarin, orang utan jantan itu bersarang di atas pokok berkenaan setelah habitat asal haiwan berkenaan diganggu oleh manusia.
Insiden itu berlaku di kampung Lower Wajok, Kalimantan Barat.
Bimbang rambutan mereka akan habis dimakan, beberapa penduduk kampung cuba mengusir orang utan itu dengan membuat unggun api di pangkal pokok tersebut.
Api itu dipadamkan kemudian tetapi orang utan berkenaan jatuh ke tanah dan cedera.
"Selama 60 tahun saya tinggal di kampung ini, ini kali pertama peristiwa seperti ini berlaku," kata seorang penduduk kampung berusia 60 tahun, Ali Zakaria.
Mengulas kejadian pada Ahad lalu, Ketua Pusat Sumber Konservasi Alam Semulajadi (BKSDAS) di Kalimantan Barat, Niken wuri Handayani berkata, beberapa petugas agensinya dipanggil untuk merawat tetamu tidak diundang itu.
"Orang utan ini diberikan rawatan dan akan sembuh beberapa hari lagi sebelum dibebaskan semula ke rimba," kata Niken.
"Orang utan bukan spesies haiwan peliharaan," tambahnya
Menurut pegawai berkenaan, penduduk kampung telah dididik untuk tidak mencederakan orang utan dan menghubungi mereka jika haiwan itu menceroboh kampung.
Ujarnya, BKSDAS bertanggungjawab memantau sekitar 4,500 hingga 5,000 ekor orang utan yang hidup di Kalimantan Barat. - Agensi

Lelaki Gigit Ular Tedung Hingga Mati


KATHMANDU - Seorang petani Nepal menggigit seekor ular tedung sehingga haiwan itu mati, kata polis semalam.
Petani itu, Mohamed Salmo Miya melakukan perbuatan itu bagi membalas dendam selepas haiwan tersebut mematuknya, lapor agensi berita AFP semalam.
Ketua polis tempatan, Uma Prasad Chatrubedi menyatakan Mohamed sedang bertani dekat kampungnya yang terletak 200 kilometer ke tenggara Kathmandu ketika dia dipatuk ular tersebut.
"Seorang petani di Kampung Bardanga telah membunuh seekor ular tedung putih dengan giginya kerana marah.
"Ular tersebut mematuknya semasa dia sedang bekerja di sawah padi miliknya pada Selasa lalu.
"Lelaki itu kemudian berlari dan membunuh ular tersebut," katanya.
Mohamed turut dirawat di sebuah klinik tempatan dan dia kini berehat di rumahnya.
"Saya berasa amat marah selepas ular itu mematuk saya. Kemudian saya mengekori haiwan itu, menangkap dan menggigitnya sehingga mati," dakwanya yang berusia 55 tahun kepada akhbarAnnapurna Post.
"Saya mungkin membunuhnya dengan kayu tetapi saya menjadi 'gila' kerana marah dan mahu membalas dendam.
"Saya membunuhnya dengan gigi saya," tambahnya.
Nepal mempunyai pelbagai jenis ular berbisa dan tidak berbisa.
Salah satu ular berbisa itu dikenali sebagai ular batu India sepanjang 10 meter.
Menurut agensi berita Reuters, seorang pegawai polis, Niraj Shahi berkata, lelaki itu tidak akan didakwa membunuh ular tersebut.
Menurutnya lelaki itu tidak didakwa kerana haiwan tersebut tidak disenaraikan sebagai spesies terancam. 

500 Duri Landak Terpacak Dimuka Anjing




NORMAN: Bella Mae, anjing bulldog berusia tiga tahun dari Oklahoma, mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan dilupakannya selepas diserang seekor landak hingga menyebabkan 500 duri landak melekat pada mukanya.

Mereka percaya sebahagian duri berkenaan masih berada di dalam tubuh Bella Mae meskipun anjing itu kini pulih daripada serangan itu.

Jerry dan isteri, Allison Noles memberitahu stesen televisyen KWTV bahawa anjing itu bermain dengan haiwan peliharaan mereka yang lain berhampiran kolam keluarga itu apabila mereka berdepan dengan seekor landak.

Keluarga itu percaya landak terbabit berada di kolam mereka untuk meminum air yang kini sukar didapati di Oklahoma.





Pasangan itu yakin Bella Mae berada terlalu rapat dan mencetuskan kemarahan landak berkenaan, menyebabkan ia melancarkan serangan.

Doktor veterinar di Pusat Kesemasan Untuk Haiwan, Leonardo Baez memberitahu KWTV, dia belum pernah melihat serangan landak sebegitu teruk ke atas haiwan peliharaan.



Orang Utan Suka Merokok Di Pindahkan



Di Jakarta beberapa pekerja telah memindahkan seekor orang utan yang suka merokok ke sebuah pulau di dalam sebuah zoo di Jawa Tengah.
Jurucakap Zoo Taru Jurug, Daniek Hendarto berkata kelmarin, orang utan itu yang bernama Tori dan teman hidupnya, Didik dipindahkan ke pulau tersebut kelmarin.
Tori merupakan orang utan betina berusia 15 tahun yang telah menghisap rokok selama satu dekad.
Pemindahan itu dilakukan supaya pengunjung zoo tersebut di Solo tidak melemparkan rokok di dalam kurungannya.

Mayat Muammar Gaddafi Dipersenda



TRIPOLI: Rakaman video menjijikkan yang kelihatan menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dijadikan tempat untuk melepaskan geram muncul di Internet, semalam.
Dalam video yang dimuatnaikkan ke YouTube menunjukkan pemberontak yang marah terhadap bekas pemimpin itu menggunakan mayat diktator berkenaan seolah-olah sebagai anak patung untuk dipersenda. Rakaman itu disedari selepas seorang aktivis antikerajaan Syria mengaitkannya dalam Twitter bagi tujuan mengancam Presiden Bashar al-Assad. Video sepanjang seminit itu, yang kesahihannya tidak dapat disahkan, dipercayai dirakam pada 20 Oktober lalu, hari Gaddafi ditangkap dan dibunuh oleh tentera pemberontak.

Ia menunjukkan suasana sambutan yang kecoh sambil beberapa pemuda menjerit dan bersorak di sebelah van mengandungi mayat yang menyerupai Gaddafi.
Mayat itu tidak berbaju dan dilitupi darah serta terkulai.

Seorang pemberontak dilihat menggerak-gerakan kepala mayat itu sambil bercakap dalam bahasa Arab, seolah-olah mengajuk bekas pemimpin Libya itu.

Beberapa lelaki lain dilihat merakamkan kejadian dengan telefon bimbit masing-masing.
Mayat Gaddafi kemudian di bawa keluar dari van itu dan ditempatkan di atas tempat kelihatan seperti pengusung.

Selepas video itu dimuatnaikkan, aktivis antikerajaan Syria, Sami Al Hamwi menulis dalam Twitter mengenainya: “Seseorang perlu menghantar ini kepada Bashar.” Rakaman itu yang kemudian disiarkan oleh akhbar Huffington Post, adalah yang paling jelas setakat ini berhubung suasana yang menyelubungi kematian Gaddafi.
Ia disiarkan kurang dua minggu selepas pilihan raya demokratik pertama Libya yang nampaknya akan dimenangi oleh parti liberal sekular.

Gaddafi memerintah Republik Arab Libya selepas menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah pada 1969.

Tunjuk perasaan menentang beliau bermula pada Februari 2011 berikutan kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia.

Cipta Peralatan Kecergasan Dengan Kayu



MOSCOW - Seorang ahli psikologi lulusan Universiti Negeri Leningrad, Valery Titov mencipta lebih 20 peralatan kecergasan dengan menggunakan kayu.
Peralatan itu dihasilkan dengan menggunakan kayu pain Angara dan cedar tanpa sebarang komponen logam.
Titov yang berusia 63 tahun yang merupakan seorang penternak lebah tinggal di Novopyatnitskoye, 120 kilometer ke timur bandar Krasnoyarsk, Rusia.
Menurutnya, buat masa ini, tiada pelabur dan ahli perniagaan yang berminat dengan ciptaannya itu. - Reuters

100 Orang Rentung Ketika Mencuri Minyak Petrol Yang Tumpah



PELABUHAN HARCOURT, Nigeria - Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.
Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.
Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.
"Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan," jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.
Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.
Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.
Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak

China Tawar AS$160 Tangkap Ikan Piranha



BEIJING - Kerajaan tempatan Liuzhou di wilayah Guangxi, China kini menawarkan wang sebanyak AS$160 (RM509) untuk setiap ekor ikan piranha yang ditangkap sama ada sudah mati atau masih hidup.
Tawaran itu dibuat berikutan dua orang mengalami kecederaan serius setelah diserang oleh ikan pemakan daging tersebut di Sungai Liujiang. Mereka diserang ikan daripada spesies piranha Amerika Selatan ketika mengayuh sampan di sungai terbabit, lapor akhbar China Daily.

Terowong Untuk Menyeludup Dadah Dijumpai



LOS ANGELES - Sebuah terowong untuk menyeludup dadah yang dilengkapi lampu dan ruang pengaliran udara ditemui di bandar San Luis, Arizona Amerika Syarikat (AS) yang bersempadan dengan Mexico, kata beberapa pegawai kelmarin.
Tiga orang ditangkap dalam operasi yang dilakukan oleh agensi-agensi penguat kuasa undang-undang AS.
Terowong itu setinggi 1.8 meter dan menuju ke sempadan Mexico.
Laluan masuk ke terowong itu ditemui di bawah tangki air di sebuah bilik stor di dalam sebuah bangunan satu tingkat di San Luis.
Askar-askar Mexico turut menemui sebuah lagi terowong dadah yang sedang dalam pembinaan di bawah sinki di sebuah rumah gudang di Tijuana, 300 meter dari sempadan Arizona.

Taylor Swift Ketepikan Justin Bieber



NEW YORK - Penyanyi terkenal, Taylor Swift menduduki No.1 dalam senarai majalah dalam talian Forbes.com bagi kategori selebriti yang memperoleh pendapatan tertinggi di bawah umur 30 tahun.
Menurut Forbes kelmarin, Swift, 22, memperoleh pendapatan sebanyak AS$57 juta (RM181.4 juta) mengenepikan bintang remaja terkenal, Justin Bieber yang berada di tangga kedua.
Bieber, 18, yang menerima pendapatan kira-kira AS$55 juta (RM175.1 juta) merupakan selebriti lelaki tunggal yang memperoleh pendapatan tertinggi dalam lima kedudukan teratas.
Penyanyi sensasi Rihanna pula menduduki tangga ketiga dengan pendapatan AS$53 juta (RM168.7 juta) diikuti Lady Gaga dan Katy Perry.
Sementara itu, aktres Kristen Stewart menduduki tangga ketujuh dengan anggaran pendapatan AS$34.5 juta (RM109.8 juta).
Aktor Robert Pattinson berada di tempat ke-10 apabila memperoleh pendapatan sebanyak AS$26.5 juta (RM84.3 juta).

Buaya Mati Dibunuh Selepas Baham Lengan Remaja



MOORE HAVEN, Amerika Syarikat - Seekor buaya sepanjang sekurang-kurangnya tiga meter menerpa dan menggigit hingga putus lengan kanan seorang remaja ketika dia berenang di sungai Caloosahatchee dekat sini, kata beberapa pegawai hidupan liar negeri Florida kelmarin.
Mangsa yang berusia 17 tahun, Kaleb Langdale terselamat dalam serangan tersebut yang berlaku pada Isnin lalu.
Haiwan ganas itu kemudian dibunuh beberapa pekerja Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida (FWC) dan pakar pengesan buaya tersebut.
Pekerja-pekerja itu turut berjaya mendapatkan semula lengan mangsa tetapi doktor-doktor gagal menyambung kembali organ tersebut.
"Kami dapat membunuh buaya itu dan membelah perut haiwan tersebut, mendapatkan semula lengan mangsa dan membawanya ke hospital agar ia dapat disambung semula," kata jurucakap FWC, Jorge Pino.
Menurutnya, remaja berkenaan berada dalam keadaan baik dan kini dirawat di sebuah hospital di sini.
Seorang rakan remaja itu, Gary Beck berkata, Langdale muncul di permukaan air selepas dibaham dengan menyatakan lengannya telah hilang dan meminta pihak paramedik dihubungi.
Buaya bertindak lebih ganas kerana musim mengawan.

Ernest Borgnine Meninggal Dunia



LOS ANGELES, Amerika Syarikat - Pelakon siri televisyen Airwolf yang juga pernah memenangi anugerah Oscar untuk filem Marty, Ernest Borgnine meninggal dunia pada usia 95 tahun kelmarin.
Jurucakapnya sejak sekian lama, Harry Flynn memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa Borgnine mati akibat kegagalan ginjal di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di sini dengan isteri dan anak-anak berada di sisinya.
Pada awal pembabitannya dalam dunia perfileman pada tahun 1950-an, Borgnine dikenali kerana kerap melakonkan watak jahat terutamanya sebagai Fatso Judson yang membelasah Frank Sinatra sehingga mati dalam filem From Here to Eternity.
Borgnine mula mengecap populariti menerusi filem bajet rendah, Marty dengan melakonkan watak seorang penjual daging berusia 34 tahun yang bimbang tidak akan dapat memiliki cinta kerana berwajah buruk.
Dia kemudian menemui seorang gadis yang memiliki kebimbangan sama di satu majlis tari menari.
Bermodalkan cuma AS$360, 000 (RM1.14 juta), Marty dinobatkan filem terbaik untuk anugerah Oscar apabila mengetepikan beberapa filem bajet besar Hollywood seperti The Rose Tattoo, Love Is a Many-Splendored Thing, Picnic dan Mister Roberts pada 1955.
"Anugerah Oscar menobatkan saya sebagai seorang bintang filem dan saya berterima kasih," kata Borgnine dalam satu wawancara pada 1966.
"Namun, saya berasa kehidupan peribadi saya akan lebih tenang dan tidak kucar-kacir sekiranya saya tidak memenangi anugerah ini," tambahnya.
Kekalutan dalam hidup aktor tersebut termasuk empat perkahwinan yang musnah termasuk rumah tangganya bersama penyanyi Ethel Merman pada 1964.
Perkahwinan mereka bertahan tidak sampai enam minggu.
Namun, perkahwinan kelimanya pada 1973 dengan wanita kelahiran Norway, Tova Traesnaes berterusan hingga ke akhir hayat.
Traesnaes mengilangkan dan menjual rangkaian produk kecantikannya sendiri di bawah jenama Tova.
Dia menggunakan wajah suaminya yang awet muda itu dalam iklan produknya.
Antara filem lain lakonan Borgnine termasuk Ice Station Zebra, The Adventurers, Willard, The Poseidon Adventure, The Greatest" (sebagai pengurus Muhammad Ali), Convoy, Ravagers, Escape from New York, Moving Target dan Mistress.

Buaya 1 Tan Ditangkap Di Filipina



MANILA - Pihak pengurusan Guinness World Records mengisytiharkan bahawa seekor buaya yang dipersalahkan kerana menyebabkan beberapa orang mati di selatan Filipina sebagai yang paling besar pernah dikurung di dunia.
Menurut jurucakap Guinness, Anne-Lise Rouse, buaya air masin itu berukuran 6.17 meter (m) panjang dan berat haiwan tersebut lebih satu tan.
Buaya itu ditangkap pada September tahun lalu di bandar kecil Bunawan di wilayah Agusan del Sur selepas tiga minggu diburu.
Haiwan itu mengambil alih rekod tersebut daripada seekor buaya sepanjang 5.48m yang dikurung di sebuah taman buaya di Australia.
Datuk Bandar Bunawan, Edwin Cox Elorde memberitahu agensi berita AP, beliau diberitahu oleh pihak Guinness tentang rekod tersebut pada bulan lalu.
Buaya itu yang bernama Lolong kini menjadi daya tarikan di sebuah pusat taman ekopelancongan dan penyelidikan di pinggir Bunawan.
Elorde berkata, pihak perbandaran telah memperoleh AS$72,000 (RM228,729) hasil kutipan tiket di pintu masuk taman tersebut.
Sebahagian wang itu digunakan untuk membeli makanan buaya tersebut.
Buaya itu ditangkap dengan menggunakan perangkap besi selepas seorang kanak-kanak terbunuh pada tahun 2009 dan seorang nelayan dilaporkan hilang.
Kerbau turut dijadikan umpan semasa usaha untuk menangkap buaya tersebut.
Kira-kira 100 orang yang diketuai Elorde menarik buaya tersebut dari sebatang anak sungai dengan menggunakan tali dan diangkat ke atas trak dengan menggunakan kren.

Lapah Ular Tedung Untuk Sara Hidup



BANTUL, Indonesia - Beberapa pekerja melapah dan memotong ular tedung di sebuah gudang di sini bagi menyara kehidupan mereka.
Seorang pekerja pernah memotong dan melapah antara 10 hingga 300 ekor ular tedung berbisa sehari.
Hempedu, daging dan beberapa bahagian lain ular tersebut dibeli oleh pemilik-pemilik restoran di sekitar Yogyakarta untuk dijadikan makanan. - Agensi

Taksub Dengan Tilikan Haiwan



































SEBELUM pemasyhuran Sepanyol sebagai juara kejohanan akhir Piala Dunia 2010 kira-kira dua tahun lalu, sotong kurita yang diberi nama Paul telah mendapat perhatian awal daripada seluruh peminat bola sepak dunia.
Paul yang dipelihara di akuarium Sea Life Centre di Oberhausen, Jerman, mula mendapat tumpuan ramai kerana dikatakan mempunyai 'kuasa' untuk membuat tilikan tepat.
Sotong yang berasal dari Weymouth, England itu meramal tepat tujuh keputusan perlawanan pasukan Jerman, termasuk kekalahan mengejut kepada Serbia ketika saingan di peringkat kumpulan pada temasya yang berlangsung di Afrika Selatan itu.
Pada perlawanan akhir, Paul sekali lagi menjadi tumpuan apabila meramalkan kemenangan pasukan Sepanyol yang ditabal menjadi juara selepas menewaskan Belanda dengan jaringan 1-0.
Semasa ramalan dilakukan, dua kotak yang tertera bendera pasukan bertanding, diletakkan di dasar akuarium.
Sambil disaksikan masyarakat di seluruh dunia, Paul akan berenang ke arah satu kotak, mengembangkan tentakelnya dan melekap pada kotak tertera bendera pasukan yang diramal dan akan memenangi satu-satu perlawanan.
Usia Paul, bagaimanapun tidak panjang. Beberapa bulan selepas 'persaraannya', sotong kurita berusia dua tahun setengah itu ditemui mati di akuarium peliharaannya.
Namun, fenomena Paul tidak pernah berakhir. Tumpuan peminat-peminat bola sepak dunia kini terarah kepada spesies haiwan manakah yang mampu mewarisi keistimewaan dan kuasa tilikan Paul pada kejohanan bola sepak Eropah (Euro) 2012 yang berlangsung serentak di Ukraine dan Poland baru-baru ini.
Ketika ini terdapat empat kategori haiwan telah dipilih oleh sebuah kelab peminat, Kharkiv Fan Zone yang berpusat di Ukraine untuk menjadi 'tukang tilik' sepanjang kejohanan. Antaranya, Citta the ElephantFuntik the PigYvonne the CowFred the Ferret dan beberapa haiwan lain.
Fenomena Paul yang dilahirkan di England dan mendapat status kewarganegaraan di sebuah perkampungan di Sepanyol, menyebabkan rakyat di Jerman seakan-akan taksub dengan haiwan peramal.
Sebelum itu, Sissi the Munich, spesies anjing dachshund dan sotong kurita dikenali sebagai Rosi dari Rosenheim menjadi pujaan rakyat di negara itu kerana dipercayai mempunyai kuasa tilikan seperti paul.

Tersilap ramalan


Seperti juga Sissi dan Rosi yang terpaksa bergelut membuat ramalan mereka, barisan haiwan-haiwan terpilih yang rata-ratanya dibesarkan di zoo, turut berdepan tugas sukar.
Fred the Ferret (Fred), yang menetap di Zoo Kharkiv, Ukraine merupakan pilihan terbaik setakat ini selepas Paul. Dia dipilih dalam kalangan peminat-peminat pasukan bola sepak tempatan, Metalist Kharkiv yang juga dikenali dengan gelaran Ferret.
Ahli kelab pasukan itu juga menjadikan feret sebagai maskot mereka.
Pengurus projek Kharkiv Fan Zone, Sergei Kharkov berkata: "Poland mempunyai gajah untuk membuat tilikan, jika tidak salah dinamakan Citta."
"Moscow pula mempunyai marmoset (Callithrix jacchus salah satu spesies monyet), Kiev mempunyai Khryak, seekor khinzir, tetapi kami mempunyai haiwan yang paling comel dan jinak, iaitu seekor feret.
"Fred mempunyai masa selama 15 minit di Fan Zone dan dalam tempoh itu ia akan meramal pasukan mana yang akan menang."
Kehadiran Fred dalam dunia ramalan bola sepak bagaimanapun masih belum teruji sepenuhnya. Ketika perlawanan peringkat pertama antara tuan rumah, Poland dan Greece, Fred meramalkan ia berakhir dengan keputusan seri. Ramalan itu memang tepat.
Pengendalinya menyimpulkan berdasarkan tingkah laku Fred yang enggan duduk di dalam kedua-dua mangkuk berisi daging segar di hadapannya. Bendera kedua-dua negara diletakkan berhampiran mangkuk berkenaan.
Bagaimanapun, ketika perlawanan di antara Rusia dan Republik Czech, Fred turut membuat ramalan yang sama iaitu seri, biarpun keputusan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Rusia dengan jaringan 4-1.
Namun, Fred berjaya menebus kesilapannya apabila meramalkan dengan tepat kemenangan Jerman ke atas Portugal dan kemenangan Denmark ketika menentang Belanda baru-baru ini.
Seperti Fred, haiwan-haiwan lain juga kini bergelut mencipta kemasyhuran seperti yang pernah dikecapi oleh Paul kira-kira dua tahun lalu.
Citta the Elephants dari Zoo Krakow, Poland turut gagal dalam percubaan pertamanya.

Gagal percubaan
Gajah betina berusia 33 tahun itu sebelum ini meramalkan tuan rumah, Poland bakal memenangi perlawanan pembukaan Euro 2012 ketika menentang Greece pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, ramalan itu tidak tepat apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga ke akhir perlawanan.
Terdahulu, Citta, gajah berasal dari India mula menjadi sebutan peminat bola sepak dunia selepas meramalkan kemenangan pasukan Chelsea di pertandingan akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada bulan lalu.
Kejayaan itu membolehkan Citta mengalahkan kedua-dua pesaingnya iaitu Katherine the Donkey danJacko the Parrot.
Sementara itu, kemampuan Yvonne the Cow, lembu yang keras kepala dari Jerman juga masih dipertikaikan.
Diletakkan harapan tinggi untuk menggantikan tempat Paul, Yvonne membuat keputusan yang kurang popular di negaranya apabila meramalkan pasukan Jerman kalah kepada Portugal pada perlawanan malam Sabtu lalu.
Bagaimanapun, pasukan Jerman berjaya menewaskan Portugal 1-0.

Yvonne, mula terkenal selepas media melaporkan kisah haiwan itu yang berjaya mengelak daripada disembelih dengan melarikan diri dari Austria sehingga ke Bavaria pada Mei tahun lalu.
Selepas bergelut melepasi pagar elektrik, lembu betina itu bersembunyi di hutan kecil selama hampir empat bulan sebelum ditangkap semula dalam satu operasi besar-besaran.
"Ia mempunyai karakter dan personaliti," kata penyampai radio Bayern 3, Ulli Wagner, stesen radio yang bertanggungjawab menghebahkan ramalan Yvonne.
Sementara itu, Funtik the Pig, babi yang berasal dari Ukraine agak bernasib baik kerana berjaya meramal dengan tepat empat daripada enam keputusan perlawanan di peringkat kumpulan pada kejohanan berkenaan.
Haiwan itu membuat ramalan dengan memilih antara dua mangkuk makanan yang diletakkan berhampiran bendera kedua-dua pasukan yang bertanding.
Sehingga kini, Funtik atau dikenali juga sebagai Khryak berjaya meramalkan kemenangan pasukan Rusia, Denmark, Jerman dan Croatia.
Funtik juga tidak terkecuali melakukan kesilapan apabila meramalkan pasukan Perancis menewaskan England dan Sweden kalah kepada Ukraine.
Apa pun, masih terlalu awal untuk menentukan haiwan manakah yang bakal membuat ramalan paling tepat sekali gus mampu menyaingi kemampuan Paul.
Adakah, Paulus the Octopus, sotong kurita yang dilahirkan di Jerman dan kini tinggal di sebuah akuarium di Porto, Portugal serta disebut-sebut bakal menjadi Paul II mampu mengatasi rekodnya itu. Kita tunggu dan lihat.





p/s:Bila musim Bola je mula la timbul perkara yg pelik²....